Whatsapp: Pengasas Bersama Hampir Mengenakan Caj Untuk Setiap Mesej?

Sejak Whatsapp dibeli oleh Facebook dengan nilai hampir 19 Billion US Dollar pada tahun 2014, Facebook telah berkongsi idea dan kemahiran untuk melakukan perubahan bagi menambah baik applikasi whatsapp dan sudah tentunya mula memikirkan cara untuk membuat duit darinya.

Salah satu perubahan besar yang pernah dilakukan adalah, pada tahun 2016, Facebook telah cuba untuk mengenakan caj tahunan kepada pengguna whatsapp. Tapi syukur sangat idea tu telah dibatalkan penghujung tahun 2016, huhu.

Image result for whatsapp yearly subscribtion fee
Yuran tahunan Whatsapp yang nak dikenakan dulu, kredit: ghacks.net

Setelah idea itu dibatalkan, pada tahun lepas, pengasas bersama Whatsapp, Brian Acton telah mencadangkan agar pengguna dikenakan caj untuk setiap mesej setelah melebihi jumlah mesej percuma yang akan ditetapkan. Menurut Acton, ianya adalah satu pelan perniagaan yang mudah untuk dilaksanakan dan tidak memerlukan Facebook untuk memikirkan strategi pemasaran yang kompleks untuk melaksanakannya.

Malang bagi Acton, tapi tuah bagi kita sebagai pengguna, idea itu ditolak mentah-mentah oleh Chief Operating Officer Facebook, Sheryl Sandberg. Menurut Sandberg, idea itu sebenarnya tidak akan menguntungkan mereka. Mungkin juga kerana pengguna akan mula berhati-hati untuk menghantar mesej agar tidak melebihi had percuma yang ditetapkan, kan?.

Kecewa dengan perkara itu, ditambah pula dengan beberapa perkara lain yang tidak sebulu dengan Zuckerberg, Acton memilih untuk meninggalkan Whatsapp dan Facebook, manakala Facebook tetap nak mengekalkan whatsapp sebagai applikasi percuma sebagaimana Facebook itu sendiri.

Tapi walau macam mana sekali pun, Facebook tetap kena fikir macam mana nak buat duit dengan whatsapp bagi menampung kos operasi mereka dalam masa yang sama tanpa perlu membebankan pengguna. Menurut Acton, sebagai penyelesaian kepada masalah ni, Facebook cuba untuk memikirkan cara untuk meletakkan iklan secara bersasar di Whatsapp.

Cadangan mereka adalah dengan meletakkan iklan di Whatsapp’s Status. Menurut laporan Forbes, jurucakap Facebook telah mengesahkan yang iklan di whatsapp’s status bakal dilancarkan bermula tahun depan. Tapi bagaimana iklan tu akan dipaparkan masih belum diketahui.

kredit: androidauthority.com

Apa pandangan korang? OK ke tak OK?

Sumber

One thought on “Whatsapp: Pengasas Bersama Hampir Mengenakan Caj Untuk Setiap Mesej?

Leave a comment