5 Aplikasi Panggilan Video Terbaik & Percuma Selain Menggunakan Whatsapp

Buat masa sekarang boleh dikatakan majoriti pengguna telefon pintar menggunakan whatsapp untuk membuat panggilan video, betul tak? Tak dinafikan panggilan video menggunakan whatsapp amat mudah untuk digunakan, cumanya…. kadang-kadang kualitinya agak kurang memuaskan. Korang rasam macam mana?

Tapi tahukah korang, sebenarnya banyak lagi alternatif lain yang boleh kita gunakan untuk membuat panggilan video, dan ianya juga adalah percuma. Kat bawah ni sensei senarai 5 lagi aplikasi lain yang korang boleh guna untuk buat panggilan video.

1. Hangouts

hangouts

Ramai orang tak tau pun bila dia ada akaun Google, maksudnya ada Gmail, automatik dia akan ada Hangouts, kalau kat komputer riba tu, bila buka email, klik je kat petak-petak kecik sebelah kanan, scrool ke bawah, ada ikon Hangouts kat situ, terus boleh guna, pengalaman sensei sendiri, Hangouts lagi baik dari Whatsapp untuk membuat panggilan video. Kalau kat telefon pintar, boleh muat turun di Play Store.

hangouts 2
Ni kalau buka kat Gmail di komputer riba

Screenshot Image

2. Facebook Messenger

fb messenger

Yang menariknya bila buat panggilan video menggunakan aplikasi Facebook Messenger ni, sambil-sambil buat panggilan video pun korang boleh letak efek dekat muka korang untuk menjadikannya lebih menarik dan menyeronokkan.

Screenshot Image

3. Google Duo

google duo

Google Duo ni dikatakan sebagai Facetime untuk android. Ia memfokuskan kepada panggilan video berkualiti tinggi. Salah satu keunikan Googe Duo adalah sebelum kita menjawab panggilan, kita dah boleh tengok dulu imbasan pemanggil kita secara langsung dengan ciri yang dipanggil knock knock. Menarikkan?

google duo 1

4. Signal Private Messenger

signal private messenger

Signal juga menawarkan ciri panggilan percuma yang berkualiti dan jelas. Menurut merekalah, Tapi korang boleh cuba sendiri nanti tengok ok ke tak. Selain tu ia juga memfokuskan kepada penggunaan yang mudah, tapi tentulah orang yang korang nak ajak buat panggilan video tu kena ada aplikasi ni juga.

Screenshot Image

5. Skype

skype

Skype ni bukanlah baru dalam arena panggilan video, malah ia antara aplikasi terawal yang menawarkan perkhidmatan ni. Generasi baru mungkin kurang mengenali skype. Selain panggilan video, banyak lagi servis yang ditawarkan oleh aplikasi ni. Jadi kalau nak cuba aplikasi lain untuk membuat panggilan video, bolehlah cuba skype ni. Pasti korang akan puas hati.

Screenshot Image

Jadi macam mana? ok ke tak ok perkongsian kali ni? Ke korang dah pernah guna mana-mana aplikasi yang sensei senaraikan ni? Cuba bagi pendapat.

Kontroversi: Dah banyak kali rupanya Whatsapp cuba nak caj kita

Leave a comment