Kamera iPhone XS Max Dan Huawei P20 Pro, Mana Lagi Hebat? Tengok Kat Sini

Baru-baru ni laman web DxOMark telah mengeluarkan ulasan rasmi mengenai keupayaan kamera iPhone XS Max, dan dikedudukan mana iPhone XS Max ni berada dalam kalangan telefon pintar yang lain.

Tidak begitu mengejutkan markah yang diperolehi oleh iPhone XS Max melebihi 100 markah, iaitu 105 markah.

iphone xs mas
kredit: DxOMark

Tetapi yang mengejutkan adalah ia masih kalah kepada Huawei P20 Pro, sebuah telefon pintar high-end keluaran Huawei yang telah dilancarkan hampir setengah tahun yang lalu.

ranking dxomark
kredit: DxOMark

Tengok tu, P20 Pro masih mendahului dengan 109 markah, tapi boleh percaya ke ranking ni? Apa kata kita tengok sendiri perbandingan gambar sebelah menyebelah yang diambil menggunakan iPhone XS Max dan Huawei P20 Pro.

Artikel popular: 7 Cara Mudah Lajukan Telefon Android Anda, Tak Perlu Aplikasi Tambahan

Promosi: Baucar Bernilai RM 399 Untuk Pembelian Huawei Nova 3 & Percuma Original Earphone Huawei Bernilai RM 99

ipxsm p20pro
kredit: Technave

Nampak tak perbezaannya? Walaupun kamera iPhone XS Max dah banyak peningkatan berbanding iPhone X, tetapi bila difokuskan kepada keupayaan mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan yang rendah, ia masih kalah kepada Huawei P20 Pro. Kaalau korang perhatikan betul-betul, lampu jenderaan yang dalam gambar ditangkap oleh iPhone XS Max nampak sedikit kembang kan? Berbeza dengan P20 Pro.

Ok, jom tengok gambar-gambar lain hasil perbandingan DxOMark.

So apa pendapat korang? Benda ni subjektif, beza markah pun tak banyak, dan lain orang lain pendapat dan kesukaan. Kedua-dua telefon pun ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Betul tak?

Baca ulasan penuh DxOMark untuk Huawei P20 Pro kat sini.

2 thoughts on “Kamera iPhone XS Max Dan Huawei P20 Pro, Mana Lagi Hebat? Tengok Kat Sini

Leave a comment