Facebook Menguji Penambahbaikan Terbaru Untuk Pengguna iPhone

Ok, ni satu berita baik untuk pengguna iPhone mahupun iPad. Sebab Facebook sedang dalam fasa menguji aplikasi Facebook Lite untuk korang.

fb lite

Sebagaimana Facebook Lite yang telah lama ditawarkan kepada pengguna Android, ciri seperti penjimatan data, penjimatan penggunaan bateri turut diutamakan. Malah Facebook Lite ni cuma akan bersaiz 5Mb sahaja. Keciknya lah kan, hehe.

Bukan tu je, ia turut mampu digunakan walaupun dalam keadaan sambungan internet yang perlahan. Internet 2G pun tetap boleh tengok video, memang mantaplah kalau macam ni kan.

fb lite 1

Kalau tak percaya korang boleh klik link ni. Facebook Lite untuk iOS.

Tapi buat masa ni ia hanya boleh dimuat turun di Turki sahaja, korang yang dekat Malaysia ni silalah tunggu pengumuman bila ia akan boleh dimuat turun ye, siapa yang pakai Android dah boleh guna dah.

Bertabahlah.

Baca ni: Perbandingan Kamera iPhone XS Max Dan Huawei P20 Pro

Leave a comment