5 Telefon Pintar Bawah RM400, Sesuai Sebagai Telefon Kedua, Memang Mantap

Telefon pintar tak semestinya kena mahal, dan korang tak semestinya kena sentiasa beli telefon pintar yang mahal untuk memenuhi keperluan penggunaan harian.

Misalnya kalau korang dah ada satu telefon pintar yang baik sebagai telefon utama, tetapi korang masih perlukan telefon kedua untuk kegunaan tertentu, telefon yang murah sudah memadai, asalkan dapat menjalankan kerja dengan baik, kan?.

Jadi kali ni sensei nak senaraikan 5 buah telofon pintar murah dari pelbagai jenama, yang sangat sesuai dijadikan telefon kedua. Senarai ni sensei susun dari spesifikasi paling rendah ke spesifikasi paling tinggi ye. Semuanya tak sampai pun 400 Ringgit Malaysia.

1. Samsung Galaxy J2 Core

Image result for samsung galaxy j2 core

Galaxy J2 Core ni merupakan telefon pintar pertama dari Samsung yang menggunakan Android Oreo edisi Google Go. Bagi korang yang tak tau, edisi Google Go ni dibangunkan spesifik untuk mengoptimasikan sistem pada telefon pintar dengan spesifikasi rendah. Termasuklah memacu prestasi dan pengurusan data yang baik.

Spesifikasi:

  • Paparan skrin 5 inci
  • Resolusi 540 x 960 pixels
  • Cip Exynos 7570 Quad
  • RAM 1GB
  • Ruang simpanan dalaman 8GB (boleh ditambah sehingga 256GB)
  • Kamera belakang 8MP, kamera depan 5MP
  • Android Oreo 8.1 (Edisi Go)
  • Bateri 2600 mAh

Harga: RM 369 (Shopee)

2. Nokia 2.1

Related image

Sejak Nokia kembali ke arena telefon pintar, tetapi berasaskan android, Nokia dilihat berusaha keras untuk menarik minat pembeli. Untuk model kelas bawahan, Nokia hadir dengan Nokia 2.1.

Sebagai mana Galaxy J2 Core, Nokia 2.1 juga dioperasikan oleh Android Oreo edisi Google Go. Selain itu, daya tarikan lain model ini adalah, ia hadir dengan kuasa bateri sehingga 4000 mAh yang mereka dakwa mampu bertahan sehingga 2 hari.

Spesifikasi:

  • Paparan skrin 5.5 inci
  • Resolusi 720 x 1280 pixels
  • Cip Snapdragon 450
  • RAM 1GB
  • Ruang simpanan dalaman 8GB (boleh ditambah sehingga 128GB, slot khas)
  • Kamera belakang 8MP, kamera depan 5MP
  • Android Oreo 8.1 (Edisi Go)
  • Bateri 4000 mAh

Harga: RM 385 (Shopee)

Cadangan video:

3. Xiaomi Redmi 6A

xiaomi-redmi-6a-3.jpg

Salah satu model terbaru kelas bawahan dari Xiaomi ialah Xiaomi Redmi 6A. Redmi 6A merupakan antara model yang menawarkan spesifikasi menarik pada harga yang sangat berpatutan.

Malah menurut para pengulas, keupayaanya setara dengan telefon pintar jenama lain yang lebih mahal darinya.

Spesifikasi:

  • Paparan skirn IPS LCD 5.45 inci
  • Resolusi 720 x 1440 pixels
  • Cip Mediatek Helio A22
  • RAM 2GB
  • Ruang simpanan dalaman 16GB (boleh ditambah sehingga 256GB)
  • Kamera belakang 13MP, kamera depan 5MP
  • Android Oreo 8.1 (MIUI 9.0)
  • Bateri 3000 mAh

Harga: RM 346 (Shopee)

4. Honor 7S

Related image

Mungkin ramai tak menyangka, Honor juga ada mengeluarkan telefon pintar semurah ini dengan spesifikasi yang baik.

Kelebihan yang ditekankan oleh Honor 7S adalah kualiti audio panggilan yang jelas serta pencahayaan lembut ketika ber-selfie yang dipanggil Smart LED Selfie Light untuk menghasilkan gambar selfie yang lebih terang dan berkualiti.

Spesifikasi:

  • Paparan skirn LCD 5.45 inci
  • Resolusi 720 x 1440 pixels
  • Cip Mediatek MT6739
  • RAM 2GB
  • Ruang simpanan dalaman 16GB (boleh ditambah sehingga 256GB, slot khas)
  • Kamera belakang 13MP, kamera depan 5MP
  • Android Oreo 8.1 (EMUI 8.0)
  • Bateri 3020 mAh

Harga: RM 349 (Shopee)

5. Asus Zenfone 4 Max (ZC520KL)

Related image

Zenfone 4 Max dari Asus ni merupakan satu-satunya telefon pintar dengan memori RAM 3GB dalam kategori ni. Selain itu, ia turut didatangkan dengan sensor pengecaman cap jari dibahagian hadapan. Jom kita tengok spesifikasi penuh telefon ni.

Spesifikasi:

  • Paparan skirn IPS LCD 5.2 inci
  • Resolusi 720 x 1280 pixels
  • Cip Snapgradon 425
  • RAM 3GB
  • Ruang simpanan dalaman 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB, slot khas)
  • Kamera belakang 13MP + 5MP, kamera depan 8MP
  • Android Nougat 7.0 (Asus ZenUI 4.0)
  • Bateri 4100 mAh

Harga: RM 378 (Shopee)

Jadi, bagi korang yang nak cari telefon kedua, atau ketiga pada harga yang murah, boleh la tengok-tengok telefon yang sensei dah senaraikan ni. Moga bermanfaat, dan kalau bermanfaat, share la dekat facebook masing-masing, hehe, thanks!.

Cadangan Video Menarik:

Video Berkaitan:

Baca: 4 Telefon Pintar Terbaik Dengan RAM 3GB Pada Harga Bawah RM600

Leave a comment