iPhone XS: 4 Kelebihan vs 4 Kekurangan Yang Korang Kena Tahu

Cadangan Video Menarik:

Rasanya hari ni hampir semua orang dah tau tentang kewujudan iPhone terbaru yang telah dilancarkan bulan lepaskan. Jadi sensei nak bagitau apa yang ramai orang tak tahu tentang telefon pintar terbaru berjenama Apple ni, lebih spesifik, berkenaan iPhone XS.

Image result for iphone xs
kredit: bgr.com

Sebelum tu, jom kita imbas semula secara ringkas spesifikasi iPhone XS.

  • Paparan skrin Super AMOLED 5.8 inci
  • Resolusi 1125 x 2436 pixels (458 ppi)
  • Cip Apple A12 Bionic (7nm)
  • RAM 4GB
  • Ruang simpanan dalaman 64GB/256GB/512GB (tiada slot tambahan)
  • Kemera belakang 12MP (cakupan lebar) + 12MP (telefoto) 2x optikal zoom
  • Kamera depan 7MP
  • IP68 (kalis air sehingga kedalaman 2 meter atau selama 30 minit rendaman, kalis debu)
  • Bateri Li-ion 2658 mAh

Secara keseluruhan, spesifikasi iPhone XS ni menunjukkan peningkatan berbanding model sebelumnya. Tapi spesifikasi atas kertas sahaja tidak cukup untuk kita buat keputusan untuk membeli sesebuah telefon pintar ataupun tidak, kan?. Jadi jom tengok apa kelebihan dan kekurangan iPhone XS ni.

Kelebihan

1. Cip pemprosesan terbaru

iPhone XS hadir dengan cip A12 Bionic (7nm). Ini merupakan penambahbaikan terbesar bagi iPhone XS berbanding iPhone X yang menggunakan cip A11 Bionic (10nm). Cip A12 dilaporkan 15% lebih pantas dan menggunakan bateri 40% lebih rendah berbanding cip A11.

Selain itu ia juga didatangkan dengan 4 teras grafik GPU berbanding hanya 3 teras pada A11, ini bermakna, permainan beresolusi tinggi dan ‘berat’ bukan lagi masalah untuk dimainkan dengan lancar dan selesa di iPhone XS. Selain itu, cip A12 ini juga mengoptimasikan mengendalikan aplikasi yang dikuasakan augmented reality.

Related image
kredit: giphy.com

2. Kamera yang mantap

Tak sah kalau cerita tentang iPhone tapi tak cerita tentang kameranya yang superb tu. Kalau nak banding sebelah menyebelah spesifikasi kamera iPhone XS ni dengan iPhone X, tak nampak perbezaan sangat pun, tapi ada beza sebenarnya.

Model iPhone XS ni hadir dengan kamera yang lebih baik iaitu ia hadir dengan sensor terbaru yang mana dilaporkan mampu menangkap 50% lebih cahaya. Ini bermaksud gambar yang dihasilkan akan lebih cerah walaupun ditangkap dalam keadaan kurang pencahayaan.

Ciri Depth Control juga memberi keupayaan untuk pengguna mengubah darjah kekaburan latar belakang pada gambar potrait walaupun selepas menangkap gambar, menarikkan?.

Jom tengok gambar-gambar yang diambil dengan iPhone XS ni dalam galeri kat bawah.

Kredit gambar: appleinsider.com

3. Pembesar suara yang cemerlang

Menurut Apple, pembesar suara stereo yang hadir bersama iPhone XS adalah sangat cemerlang dari segi kualiti bunyi yang dihasilkan. Ini terbukti pada spesifikasi atas kertas yang menunjukkan penambahbaikan dari sudut itu kalau nak dibandingkandengan iPhone X.

Cuma bagi pengguna biasa yang tidak terlalu arif tentang sistem audio bunyi, perbezaan tu tidaklah ketara mana, maksudnya, mungkin takkan perasan pun ada beza.

4. Lebih kalis air, juga kalis debu

Model iPhone kali ni hadir dengan penarafan IP68 bagi keupayaan kalis air dan debu. iPhone X dulu cuma dapat penarafan IP67 sahaja. Dengan penarafan IP68 ni, bermakna korang dah boleh bawak iPhone XS ni menyelam sehingga ke kedalaman 2 meter.

Bukan itu sahaja, korang pun dah boleh selfie bawah air banyak-banyak sekali gus, sebab iPhone XS ni mampu berada dibawah permukaan air sehingga 30 minit lamanya. Selain itu, ia juga kalis debu, jadi tak ada masalah la pak arab nak bawak pergi main guling-guling kat padang pasir.

Image result for iphone xs water resistant
kredit: easyacc.com

Terbaik tak? Tunggu dulu, jom kita bincang pulak kekurangan iPhone XS ni.

Video berkaitan:

Kekurangan

1. Prestasi bateri yang agak mengecewakan

Kalau atas kertas, iPhone X dulu dapat bateri dengan kuasa 2716 mAh, tapi iPhone XS ni dapat 2568 mAh je. Tapi menurut percubaan bateri yang dibuat oleh tomsguide.com, secara keseluruhan, iPhone X ternyata tahan lebih lama.

Menurut percubaan tu, iPhone X mampu bertahan sehingga 10 jam 49 minit manakala iPhone XS hanya mampu bertahan sehingga 9 jam 48 minit sahaja, beza 1 jam tu, walaupun cip A12 dikatakan mampu menjimatkan bateri. Yela tak boleh salahkan cip, banyak faktor yang mempengaruhi prestasi bateri ni, huhu.

kredit: giphy.com

2. Tiada pengecas pantas percuma

Ok, ini memang tipikal Apple sangat, walaupun iPhone XS ni menyokong pengecasan pantas, tapi kalau korang nak guna, korang kena beli pengecas pantas yang dijual secara berasingan. Dah, sensei takde komen lain dah pasal ni, kalau sanggup tambah duit, beli, kalau tak sanggup, guna pengecas biasa jela.

kredit: giphy.com

3. Tiada slot untuk kad mikroSD

iPhone XS yang paling murah hadir dengan hanya 64GB ruang simpanan dalaman. Walaupun sekali pandang, 64GB tu dah rasa macam besar, sebenarnya tidak, software iOS 12 tu je pun dah makan banyak mana ruang dah.

Selain dari tu, dengan kualiti kamera yang semakin baik, jelas saiz gambar dan video yang dihasilkan juga akan makin besar, 1 minit rakaman video 4K je pun dah boleh cecah ratusan MB. Jadi 64GB tu tak banyak mana pun sebenarnya.

Kalau nak pilihan yang dengan ruang simpanan yang lebih besar, pilihan seterusnya adalah model iPhone XS dengan 256GB euang simpanan, tapi bersedialah untuk tambah hampir RM1000 atau lebih untuk model itu.

4. Tiada headphone jack

Ciri ni memang lama dah berbulu je orang tengok dan bincangkan. Sejak dari iPhone X lagi, kali ni pun Apple buat keputusan untuk tidak meletakkan headphone jack, dan mungkin ciri ni akan pupus terus untuk model-model iPhone.

Jadi kalau nak dengar lagu sendirian, korang kena la beli wireless earphone tambahan. Agak mengecewakan jugak la, kalau macam earphone biasa dulu Apple bagi percuma je, kali ni kena beli lain sebab takde bagi wireless earphone percuma dengan alasan iPhone sekarang dah tiada headphone jack.

Kalau nak guna dengan earphone iPhone lama pun kena beli adaptor yang semestinya dijual berasingan.

Image result for oops gif
kredit: pinterest.com

Konklusi

Apple ni makin lama makin jimat kos dia, tapi jual makin mahalkan, huhu. Tapi apa ada hal, kerana iPhone ni berjenama Apple, jenama yang bernilai cukup tinggi, serta mempunyai semua ciri-ciri premium yang diperlukan oleh setiap pengguna telefon pintar, jadi ia tetap akan terjual dengan laris.

Secara keseluruhan, iPhone XS ni memang telefon yang berbaloi dimiliki kalau korang betul-betul mampu, prestasi yang baik serta mampu menjalankan setiap tugas dengan cemerlang. Pasti mampu memuaskan hati peminat iPhone.

Tapi kalau tak mampu, beli jela telefon android yang murah-murah. Ok bye!

Cadangan Video Menarik:

Leave a comment