Kompilasi Pandang Pertama Huawei Mate 20 Pro, Bukan Calang-Calang

Huawei baru sahaja melancarkan produk flagship terbaru mereka, iaitu Mate 20 Pro, bersama-sama dengan produk-produk lain. Tapi yang kita nak fokuskan kat sini adalah Mate 20 Pro.

Jom tengok dulu spesifikasi model pencabar iPhone XS dan Google Pixel 3 ni.

  • Paparan skrin AMOLED 6.39 inci
  • Resolusi 1440 x 3120 pixel
  • Cip HiSilicon Kirin 980 (7nm)
  • RAM 6GB
  • Ruang simpanan dalaman 128GB (boleh ditambah sehingga 256GB)
  • 3 Kamera belakang (Leica)
    • 40MP (cakupan lebar) f/1.8
    • 20MP (cakupan ultra-lebar) f/2.2
    • 8MP (tele-foto) f/2.4
  • 24MP kamera depan f/2.0
  • Android 9.0 (EMUI 9.0)
  • Penarafan IP68 kalis air dan debu
  • Face ID
  • Sistem pengesan cap jari dibawah skrin depan
  • Bateri 4200 mAh

Fuh, padu betul spesifikasi dia, berpeluh baca.

kredit: giphy.com

Jadi, berikut adalah kompilasi pandang pertama Mate 20 Pro hasil liputan beberapa lama blog teknologi terkenal yang menghadiri majlis pelancaran tersebut.

Rekabentuk

Berbeza dengan Mate 10 Pro yang dilancarkan tahun lepas, Mate 20 Pro ni hadir dengan rekaan yang lebih ‘tinggi’, lebih anggun dan lebih nipis, kadang-kadang rasa macam nak terjatuh pun ada bila pegang telefon ni.

Tapi jangan risau, kemasan tekstur belakangnya yang unik memberi kesan cengkapan yang kemas apabila dipegang.

kredit: gntech.ae

Model ni didatangkan dengan USB-C, tetapi malangnya ia sudah tiada 3.5mm headphone jack dan USB-C doogle pun tidak diberikan, Dah macam style iPhone dah. Jadi kena beli sendiri la sama ada wireless earphone atau pun doogle tambahan untuk menyambung earphone korang kepada telefon ni.

Power button yang berwarna merah yang selesa ditekan juga memberi 1 karakter baru yang berbeza kepada model ni.

Paparan

Skrin bersaiz 6.3 inci dengan kemasan melengkung, beserta resolusi QHD+ sehingga 3120 x 1440p memberikan paparan yang cukup jelas dan mengagumkan. Kalau nak guna kat luar memang takde masalah dari segi paparan.

kredit: gntech.ae

Tapi kalau kita tengok balik, telefon pintar Huawei yang ni hadir dengan takuk yang lebih besar dari model-model lain. Hal ini kerana mereka terpaksa membesarkan takuk tu untuk memberi ruang kepada komponen pengecaman wajah 3D terbaru Huawei, yang mana ia dilaporkan memang pantas walaupun digunakan dalam keadaan pencahayaan yang berbeza.

Selain itu, Mate 20 Pro ni merupakan telefon pintar pertama Huawei yang didatangkan dengan sistem pengesanan cap jari dibawah skrin hadapan. Walaupun ia tidak cukup pantas kalau nak bandingkan dengan sistem biasa, tapi ia cukup jitu.

Image result for mate 20 pro in display fingerprint
kredit: trustedreviews.com

Prestasi

Dari segi prestasi pula, Huawei Mate 20 Pro memang tak perlu diragui lagi. Hadir dengan cip terbaru keluaran Huawei sendiri iaitu Kirin 980 7nm, ia merupakan cip pemprosessan terpantas dalam keluarga Kirin. Lebih-lebih lagi ia dipadankan dengan RAM sebanyak 6GB serta ruang simpanan 128GB.

Cip terbaru ni bukan sahaja mampu memberikan pengalaman penggunaan yang lancar dan tidak terganggu, malah ia juga turut memfokuskan kepada penjimatan bateri damal setiap operasi.

Secara umum, ia dilaporkan mampu meningkatkan keupayaan pemprosessan AI sehingga 134%, meningkatkan kepantasan peranti sehingga 20%, kualiti grafik sehingga 45% dan kecekapan bateri sehingga 40% berbanding Kirin 970.

Image result for kirin 980
kredit: mobile88.com

Mate 20 Pro juga hadir dengan kemaskini terbaru Android 9.0 Pie, dalam versi EMUI 9.0 yang turut menyokong navigasi gerakan tangan seperti iPhone XS. Walaubagaimanapun, kemaskini terbaru dijangka hadir dalam masa terdekat untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik dan lebih lancar.

Kamera

Sama seperti Huawei P20 Pro, Mate 20 Pro juga didatangkan dengan 3 kamera belakang. Disusun dalam susunan segi 4 bersama dengan flash, 40MP kamera utama f/1.8 berkeupayaan menangkap gambar dengan jelas walau dalam suasana pencahayaan yang rendah.

Kamera 20MP tele-foto pula memfokuskan kepada keupayaan 3x optikal zoom dan 5x hybrid zoom. Manakala 8MP kamera pula merupakan kamera cakupan ultra-lebar yang membolehkan gambar ditangkap dengan lebih luas tanpa perlu menjauhkan jarak korang dengan kamera.

Kamera depan pula didatangkan dengan lensa 24MP dengan keupayaan menangkap gambar dengan baik siang ataupun malam. Tatapi untuk sesetengah gambar komplex HDR dan gambar potret, hasilnya tidaklah begitu membanggakan, tetapi cukup untuk menghasilkan gambar selfie yang baik.

Huawei Mate 20 Pro
kredit: trustedreviews.com

Bateri

Mate 20 Pro hahdir dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh. Sesuai dengan keupayaan grafik dan paparan yang beresolusi tinggi, kapasiti bateri sebesar ini adalah satu keperluan.

Dengan sekali caj penuh sahaja, Mate 20 Pro dilaporkan mampu bertahan sepanjang hari, dan kalau kehabisan bateri, ia hanya perlu memakan masa selama 30 minit sahaja untuk dicaj dari 0% kepada 70% hasil keupayaan teknologi supercharge Huawei. Selain itu, ia juga hadir dengan berkeupayaan pengecasan tanpa wayar.

kredit: gntech.ae

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Huawei benar-benar berusaha keras untuk meletakkan produknya sebagai pencabar kepada model besar seperti iPhone XS dan Google Pixel 3. Mate 20 Pro merupakan sebuah telefon pintar yang sangat mengagumkan, walaubagaimanapun, belum dipastikan sama ada telefon pintar ini mampu mengalahkan pencabar-pencabar besar tadi.

Apa pendapat korang tentang Mate 20 Pro ni?.

Rujukan: gntech.aetrustedreviews.com

Baca: 4 Telefon Pintar Terbaik Dengan RAM 3GB Pada Harga Bawah RM600

One thought on “Kompilasi Pandang Pertama Huawei Mate 20 Pro, Bukan Calang-Calang

Leave a comment