Realme Menawarkan Telefon Pintar 8GB RAM Pada Harga Kurang Dari RM1000

Kalau korang tak tahu, Realme ni merupakan sub-brand Oppo, sama la macam Honor kepada Huawei, dan Pocophone kenapa Xiaomi. Realme bukanlah satu jenama yang teramat baru, cuma ia baru je masuk ke pasaran Malaysia.

Melalui majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ni, Realme memperkenalkan 3 model yang bakal ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Kalau dilihat dari segi harga, semuanya ditawarkan dengan harga yang sangat mampu milik. Senang cakap, murah beb.

Image result for seriously? gif

Ya benar, sensei serius ni. Tengok gambar kat bawah kalau tak percaya.

Image result for realme malaysia
kredit: wiser.my

Ringkasan spesifikasi pun ada kat situ. Sama seperti telefon pintar Oppo yang lain, Realme turut menggunakan sistem operasi Android denagn antaramuka Color OS.

Tetapi, ketiga-tiga model ni tidakkan akan mula dijual serentak pada hari yang sama. Yang pertama akan ditawarkan adalah Realme 2 Pro, dijual secara eksklusif di laman jualan Shopee bermula 11 November dengan harga RM999 sahaja. 8GB RAM dan 128GB ruang simpanan dalaman tu.

Image result for realme 2 pro
Realme 2 Pro, kredit: androidpit.com

Realme C1 pulak akan ditawarkan secara eksklusif melalui laman jualan Lazadabermula 22 November nanti. Akhir sekali, Realme 2 bakal ditawarkan bermula 24 November dipelbagai saluran jualan rasmi.

Image result for thumbs up gif

Leave a comment