Bayar Minyak Di Stesen Minyak Petronas Dengan Aplikasi Setel

Ya, kini korang boleh membayar minyak di stesen-stesen minyak Petronas terpilih dengan menggunakan aplikasi Setel. Setel merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Petronas dalam usaha menggalakkan pengguna jalan raya membayar secara cashless tanpa pergi ke kaunter pembayaran pun.

Buat masa ini Setel masih dalam fasa ujian, tapi kita tetap dah boleh mencubanya. Kaedah untuk menggunakannya juga amatlah mudah, kita hanya perlu memasukkan maklumat kad debit/kredit, maklumat kad mesra serta maklumat pengenalan diri yang lain.

setel app

Bila nak isi minyak, cuma perlu buka aplikasi, masukkan nombor pam dan amaun yang nak dibeli, klik untuk membuat pembayaran dan masukkan nombor pin keselamatan, dah selesai.

Selain itu, pengguna juga boleh memantau jumlah mata ganjaran dan menyimpan resit pembelian terus di dalam aplikasi Setel.

setel screenshot

Memandangkan ia masih dalam fasa percubaan, aplikasi ini hanya ditawarkan dibeberapa stesen mintak petronas yang terpilih sahaja buat masa ni. Lihat senarai dibawah.

Petronas Setel

Menarikkan? Harap lebih banyak penambahbaikan dan jumlah stesen yang menerima sistem ini juga ditmbah pada masa akan datang. Oh ya, buat masa ni, Setel hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja dahulu, huhu.

Muat turun disini: Setel

Leave a comment