Pelayar Web Baru Dari Xiaomi, Bersaiz Kecil, Pantas Dan Menjimatkan Data

Kalau korang jenis yang tak suka menyimpan aplikasi bersaiz besar dalam telefon, pelayar web terbaru dai Xiaomi ni mungkin untuk korang. Mint Browser, bukan sahaja bersaiz kecil, iaitu hanya sebesar 6.2Mb, tetapi juga mempunyai ciri-ciri menarik lain yang menjadikan ia sebagai salah satu pelayar web terbaik yang ada sekarang.

Screenshot_2018-12-25-07-28-07

Pelayar web merupakan salah satu aplikasi wajib yang perlu ada dalam setiap telefon pintar, tapi kadang-kadang, ia boleh menjadi satu beban kepada telefon pintar oleh kerana saiznya yang besar, menggunakan banyak data, dan menggunakan memori (RAM) yang banyak.

Sebagai contoh, pelayar web Microsoft Edge untuk Androi bersaiz sebesar 76Mb, yang mana pastinya menggunakan ruang simpanan yang agak banyak terutamanya bagi telefon kelas bawahan yang tidak mempunyai ruang simpanan dalaman yang banyak.

Atas sebab-sebab ini, Xiaomi hadir menawarkan Mint Browser ni, sekaligus menyelesaikan masalah ruang simpanan dalaman yang kecil bagi sesebuah telefon pintar. Ia satu penyelsesaian yang baik memandangkan Xiaomi sendiri banyak menghasilkan telefon pintar kelas bawahan yang sangat-sangat mampu milik.

Image result for oh yeah gif

Apa yang menarik tentang Mint Browser ini adalah ia bukan sekadar bersaiz kecil, tetapi turut menjanjikan pengalaman melayari internet dengan pantas. Salah satu sebabnya adalah, pelayar web ni dibina dengan rekaan minimalis dan tidak meletakkan sebarang iklan bagi pihaknya di dalam aplikasi.

Bagi memudahkan lagi proses melayari internet, Mint browser ni juga diintegrasikan dengan sistem bantuan suara, jadi korang boleh cakap je nak apa-apa nama laman web yang korang nak layari, menarikkan?.

Selain itu, korang boleh tetapkan mod penjimatan data, yang mana bila mod ni diaktifkan, ia takkan membuka gambar secara automatik dimana-mana laman web yang korang layari.

Jom tengok antara ciri-ciri lain Mint broswer ni dalam gambar-gambar kat bawah:

mint browser

Apa lagi tu, setakat ni memang puas hati, korang pun cubalah ye, mpga bermanfaat!

Leave a comment