iOS 12: Kemas kini utama yang mereka fokuskan

Bagi pengguna iPhone, iPad mahupun iPod, pastinya korang dah mula mendengar ura-ura bahawa kemas kini iOS generasi ke 12 bakal dilancarkan pada tahun ini kan. iOS terbaru ni yang pastinya akan menawarkan beberapa penambahbaikan yang ketara berbanding sistem operasi iOS yang ada sekarang, iaitu iOS 11.3.1, yang mana baru sahaja dilancarkan 2 hari lepas.

Kita semua tahu bahawa kebelakangan ni, kemas kini iOS 11 agak kurang memuaskan, macam-macam masalah dan feedback negatif yang diutarakan oleh pengguna hingga membuatkan ramai pengguna agak angin jugak dengan prestasi iOS kebelakangan ni. Mau tak frust wey, bukannya murah nak beli iPhone kan, tapi bila dah beli, tak perform seperti yang diharapkan.

Sabar, sabar, jadi kali iOS 12 boleh dikatakan sebagai pertaruhan besar bagi Apple untuk mengembalikan reputasi sistem operasi mereka yang sebelum ni amat dikenali dengan kelancaran penggunaan serta sangat mesra pengguna.

Setakat yang diketahui, Apple dijangka akan mengumumkan iOS 12 ni pada acara tahunan Apple iaitu Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di San Jose, California. Kemudian barulah akan dilancarkan secara rasmi pada bulan September, mungkin bersama-sama dengan peranti terbaru mereka.

ios 12 1
Sumber imej: alphr.com

Antara ciri yang dikhabarkan bakal hadir pada kemas kini iOS 12 adalah:

  • Menggabungkan pelantar sistem operasi MacOS dan iOS, yang bermaksud, pengguna boleh menggunakan aplikasi iPhone di MacBook dan menggunakan perisian MacOS di iPhone.
  • Penambahbaikan integrasi Shazam, memandangkan Apple telah membeli syarikat itu baru-baru ini.
  • Air Play 2, yang mana hilang dalam kemas kini iOS 11.3 beta ketiga.
  • Panggilan video Face Time berkumpulan, yang mana ia telah lama menjadi permintaan para pengguna iPhone/iPad.
  • Lebih dari satu akaun pengguna, yang mana amat praktikal untuk iPad, sebab selalunya ia dikongsi bersama anak-anak kan.
  • Ciri baru iMessages, seperti resit bacaan, ala, macam blue tick dalam whasapp tu.
  • Sistem wifi pintar, yang mana ia akan on dan off, connect/disconnect secara automatik bila berada di kawasan yang mempunyai wifi yang pernah disambungi.
  • Keupayaan menukar resolusi video secara terus di dalam aplikasi.

Apa yang paling penting dijanjikan oleh Apple pada kemas kini kali ini sudah pastinya penambahbaikan prestasi sistem operasi dan kualiti. Macam nak bersihkan nama baik dan kembalikan maruah la ni, hehe.

Tapi, Apple juga dah mengesahkan bahawa mereka masih akan melancarkan kemas kini iOS 11.4 tidak lama lagi, bermakna, masih akan ada satu lagi versi yang mungkin merupakan versi percubaan ke arah iOS 12. Maklumlah, iOS 12 lambat lagi nak keluar, jadi untuk menenangkan jiwa kacau pengguna, suap la sikit dulu dengan kemas kini skala kecil.

Akhir sekali, kemas kini iOS 12 nanti dikhabarkan akan diberikan sehingga kepada iPhone 5S, iPad mini 2 dan iPod generasi keenam. Kira ok la tu, sebab Apple menjanjikan kemas kini iOS sehingga 5 tahun kan.

iphone 5s
Sumber imej: jd.id

Harapnya iOS 12 ni nanti mampu mengembalikan keyakinan para pengguna pada sistem operasi ini.

One thought on “iOS 12: Kemas kini utama yang mereka fokuskan

Leave a comment