5 Jenama Telefon Dengan Model Tanpa Takuk, Tabik!

Sejak trend takuk atau pun notch diperkenalkan oleh iPhone X lebih kurang 1 tahun lepas, dunia telah dibanjiri dengan pelbagai model telefon pintar yang mengikut trend yang sama, terutama dari pengeluar dari negara tanah besar China.

Dalam setahun ni jenama-jenama terkenal seperti Xiaomi, Huawei, Oppo & Vivo dah pasarkan berpuluh-puluh model dengan takuk sama ada besar atau pun kecil, padahal Apple buat 1 model je iaitu iPhone X. Nampak sangat apa saja trend yang diperkenalkan oleh iPhone akan menjadi ikutan kerana ada aura Apple yang mampu melariskan jualan.

Tapi tak semua orang sukakan takuk yang kadang-kadang agak menjengkelkan tu, macam sensei lah, sensei boleh dikatakan golongan anti-notch, suka hati la, hehe. Jadi biasanya orang yang tak suka takuk ni akan ada 2 solusi je bila nak beli telefon baru.

Yang pertama, beli je model yang bertakuk, kemudian sembunyikan takuk tu, dan yang kedua, beli je terus model yang tidak mempunyai takuk. Tapi tulah, tak banyak model  baru yang dikeluarkan tanpa takuk sekarang ni, yelah, model bertakuk masih ada demand dan boleh dijual, so perah la habis-habis dulu kan.

Walaubagaimanapun, masih ada jenama yang cuba memenuhi keinginan golongan macam sensei ni dengan menghasilkan model-model khusus tanpa takuk, syukuuurrr. Jom kita tengok beberapa model dari 5 jenama ni yang takde takuk.

1. Huawei Mate 10 Pro

Image result for huawei mate 10 pro
Sumber imej: zdnet.com

Walaupun Huawei kebelakangan ni banyak mengeluarkan model bertakuk, tapi mereka masih ada juga keluarkan sedikit model tanpa takuk bagi memenuhi demand dari golongan yang tak sukakan takuk, antara model yang dikeluarkan tanpa takuk adalah Mate 10 Pro ni.

Sesetengah laman web teknologi terkenal menamakan Mate 10 Pro ni sebagai telefon pintar terbaik untuk tahun 2017. Ini kerana ia antara yang terawal yang menghasilkan telefon pintar dengan menggunakan cip berintegrasikan AI, iaitu kecerdasan buatan, yang mana memfokuskan kepada pengalaman penggunaan telefon yang lebih baik, sebab telefon akan belajar dan faham cara korang menggunakannya, dan akan mengoptimasikan sistem kepada cara penggunaan korang tu.

Selain didatangkan dengan design yang menarik beserta bezel yang nipis, kamera Mate 10 Pro ni juga telah dibangunkan dengan kerjasama Leica. Jadi boleh tahan jugak la gambar yang dihasilkan menggunakan kamera telefon ni.

Spesifikasi:

  • Paparan AMOLED bersaiz 6.0 inci dengan resolusi 2,160 x 1,080, 537ppi
  • Cip Kirin 970 dengan intergrasi AI
  • RAM 4/6GB
  • Memori dalaman 64/128GB, boleh ditambah sehingga 400GB
  • Kamera belakang 12MP dan 16MP , dua kamera depan 8MP
  • 3,500mAh bateri
  • Android 8.0 Oreo
  • 156.6 x 73.9 x 8.7mm, 188g

2. Samsung Galaxy Note 9

Image result for samsung galaxy note 9
Sumber imej: cnet.com

Samsung antara jenama yang mempunyai maruah yang tinggi, yang mana mereka langsung tak hasilkan model telefon yang bertakuk, mana taknya, iPhone kan musuh turun temurun diorang, jadi takkan la nak senang-senang ikutkan, huhu.

Tapi kat sini sensei nak cadangkan 1 model je, Galaxy Note 9 ni walaupun nampak macam takde beza sangat dengan Note sebelumnya, tapi sebenarnya ia telah membawa penambahbaikan yang agak besar jugak.

Antaranya stylus terbaru Note ni, yang mana ia boleh digunakan sebagai shutter untuk mengambil gambar, haaa, unik kan? Macam bila korang nak selfie dari jauh tula, tak payah nak set timer atau pun beli shutter lain, guna je S-pen tu.

Spesifikasi:

  • Paparan Super AMOLED 6.4-inci dengan resolusi 2,960 x 1,440, 516ppi
  • Cip Snapdragon 845 atau Exynos 9810 bergantung kepada kawasan
  • RAM 6/8GB
  • Memori dalaman 128/512GB, boleh ditambah sehingga 512GB
  • Dua 12MP kamera belakang, 8MP kamera depan
  • 4,000mAh bateri
  • Android 8.1 Oreo
  • 161.9 x 76.4 x 8.8mm, 201g

3. Google Pixel 2 XL

Image result for google pixel 2xl
Sumber imej: gadgets.ndtv.com

Ni pulak telefon generasi kedua keluaran Google sendiri, yang ni model lebih besar berbanding Google Pixel 2. Didatangkan dengan design minimalist, Pixel 2 XL berjaya menarik minat penggemar telefon pintar dan mengumpul peminatnya tersendiri.

Walaupun Pixel 2 XL ni cuma menggunakan cip Snapdragon 835 dan tak mempunyai dua kamera belakang seperti kebanyakan telefon pintar lain, tapi telefon ni bukan calang-calang tau, hasil kejuruteraan genius jurutera-jurutera software Google, diorang tetap mampu menghasilkan telefon yang hebat, pantas serta mampu menghasilkan gambar yang sangat berkualiti melebihi keupayaan hardware yang ada pada telefon ni.

Mana taknya, sampai hari ni pun, gambar yang dihasilkan oleh Pixel 2 XL ni dikatakan lebih baik dari iPhone XS, hakikat yang pedih untuk diterima oleh peminat tegar iPhone, huhu. Tapi menurut imej Pixel 3 XL yang tertiris, Pixel 3 XL pun akan ikut jejak langkah iPhone X, ada takuk jugak, lagi besar dari iPhone X plak tu, duh, tepuk dahi sensei dengar berita ni.

Spesifikasi:

  • Paparan P-OLED 6.0-inci dengan resolusi 2,880 x 1,440, 538ppi
  • Cip Snapdragon 835
  • RAM 4GB
  • Memori dalam 64/128GB, tak boleh ditambah
  • Kamera belakang 12.2MP, 8MP kamera depan
  • 3,520mAh bateri
  • Android 8.0 Oreo
  • 157.9 x 76.7 x 7.9mm, 175g

4. Sony Xperia XZ3

Image result for sony xperia xz3
Sumber imej: gsmarena.com

Jenama Sony ni, walaupun tak sehebat dulu, dan mungkin agak suram sikit penerimaan terutama di Malaysia ni, tapi mereka pun sama macam Samsung, masih bermaruah dan tak terjebak dengan trend telefon pintar bertakuk ni, buat masa ni la.

Penawaran Xperia XZ3 ni sedikit berbeza, yang mana memfokuskan kepada pengalaman penggunaan kepada pengguna melalui antaramukanya, yang didatangkan dengan pelbagai ciri dan software terbina yang menarik, melengkapi OS mereka yang berasaskan Android 9.0 Pie. Contohnya, dia ada Side Sense, yang mana bila kita double tap dekat tepi skrin, akan keluar 1 mini app drawer yang memudahkan korang buka aplikasi kegemaran yang boleh diletakkan dalam mini app drawer tu.

Spesifikasi:

  • Paparan OLED 6.0 inci dengan resolusi 2,880 x 1,440, 537ppi
  • Cip Snapdragon 845
  • RAM 4GB
  • Memori dalaman 64GB, boleh ditambah sehingga 512GB
  • Kamera belakang 19MP, 3MP kamera depan
  • 3,300mAh bateri
  • Android 8.1 Oreo
  • 156.7 x 74.2 x 9.4mm, 186g

5. Xiaomi Mi Mix 2S

Image result for mi mix 2s
Sumber imej: fonearena.com

Dan yang terakhir sekali adalah Mi Mix 2S. Xiaomi ni kira antara pengeluar telefon pintar yang agak berani, mana tak nya, tahap inovasi dia luar kotak betul, punyalah nak hasilkan telefon dengan bezel paling nipis di dunia, boleh dia terfikir nak letak kamera depan kat bawah, setiap kali nak selfie, kena pusingkan telefon tu supaya kamera depan berada di atas, janggal doh.

Tapi jangan risau, tak lama lagi Xiaomi akan umumkan model baru keluarga Mi ni, iaitu Mi Mix 3, bezel masih lagi paling nipis di dunia tapi kali ni kamera depan dah kat atas, nak tau macam mana dorang buat? Tunguuuuuu….

Spesifikasi:

  • Paparan IPS LCD 6.0 inci dengan resolusi 2,160 x 1,080, 403ppi
  • Cip Snapdragon 845
  • RAM 6/8GB
  • Memori dalaman 64/128/256GB, tidak boleh ditambah
  • Kamera belakang 20 dan 12MP, 5MP kamera depan
  • 3,400mAh bateri
  • Android 8.0 Oreo
  • 150.9 x 74.9 x 8.1mm, 191g

Jadi apa pendapat korang, mantap ke tak mantap? Apa-apa pun sensei amat berharap trend takuk ni cepat la berlalu, sebab banyak je alternatif lain yang diorang boleh guna untuk hasilkan skrin bezel less tanpa perlu mengorbankan ruang paparan telefonkan. Ada komen atau cadangan? Sangat dialu-alukan.

Jangan lupa share kat media sosial ye, thanks!

One thought on “5 Jenama Telefon Dengan Model Tanpa Takuk, Tabik!

Leave a comment