Vivo V11: Kamera Selfie Dengan Integrasi AI Yang Boleh Ubah Bentuk Wajah

Vivo V11 tengah hangat diperkatakan dalam dunia telefon pintar sekarang ni, malah terdapat beberapa laporan menyatakan model ni antara model pertengahan yang paling pantas terjual di Malaysia sekarang.

Hal ini kerana model V11 ni merupakan model pertama yang sangat mampu milik (~RM1699) tapi didatangkan dengan ciri-ciri high-end seperti sistem pengesan cap jari di bawah skrin serta kamera dengan integrasi kecerdasan buatan ataupun AI. Tambahan pulak dengan reka bentuk yang sangat menarik beserta takuk yang sangat kecik, memang menggoda sungguh.

Image result for vivo v11
Sumber imej: gsmarena.com

Tapi yang sensei nak fokuskan kat sini adalah pada salah satu ciri kamera selfie dia, menganga jugak la sensei bila tengok video komersial baru V11 tentang keupayaan kamera selfie dia ni. Sebelum tu jom tengok spesifikasi telefon ni dulu.

  • Paparan Super AMOLED 6.41 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixels (~402 ppi)
  • Qualcomm SDM660 Snapdragon 660
  • RAM 6GB
  • Memori Dalaman 64/128 GB, boleh ditambah sehingga 256 GB
  • Dua kamera belakang 12MP + 5 MP, kamera depan 25MP
  • Sistem pengesan cap jari dibawah skrin
  • Android 8.1
  • 3400 mAh bateri

Teknologi mengubah bentuk wajah pada kamera selfie V11 ni dipanggil AI Face Shaping Technology, yang mana masa korang nak selfie dengan menggunakan V11 ni, on-the-spot korang boleh adjust bentuk wajah korang, dan boleh tengok hasilnya terus sebelum tangkap gambar. Malah gambar yang dihasilkan akan nampak lebih sempurna, dan korang tiba-tiba akan nampak terlebih cantik. Pergh.

Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video ni.

Amacam? Kagum tak? Lepas ni semua gambar-gambar kat media sosial takkan boleh dipercayai lagi dah, huhu.

Apa komen korang? Tapi jangan lupa share ye, Thanks!

Leave a comment