Xiaomi: Black Shark Helo Dilancarkan, 10GB RAM, Ruang Simpanan 256GB, Apa Lagi Yang Menarik?

Populariti Xiaomi Black Shark yang dilancarkan awal tahun lalu telah mendorong Xiaomi melancarkan model terbaru untuk siri ini yang memfokuskan kepada permainan, yang terbaru, ia dipanggil Black Hark Helo.

Dilaporkan terdapat 3 variasi untuk versi kali ini iaitu;

  • 6GB RAM, 128GB ruang simpanan (~RM1918)
  • 8GB RAM, 128GB ruang simpanan (~RM2098)
  • 10GB RAM, 256GB ruang simpanan (~RM2518)

s_a1a6fd8b5bbb49e58c341a331d9f3e9d.jpg

Sekali pandang, jelas Xiaomi telah melakukan sedikit rekaan semula untuk memberi kesan pengendalian yang lebih baik kepada peranti ni, cantik pun cantik jugak kan, nampak lebih nipis dari yang sebelum ni.

Versi terbaru ni hadir dengan rekaan skrin AMOLED dan tidak bertakuk yang menggantikan skrin LCD serta bertakuk pada Black Shark terdahulu. Skrin bersaiz 6.01 inci dengan resolusi FHD+ (1080 x 2160).

Selain didatangkan dengan RAM dan ruang simpanan yang besar, ia juga dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 845 serta bateri berkapasiti 4000 mAH dengan ciri Quick Charge 3.0.

Image result for that's huge gif

Kamera pula, sudah pasti dua kamera belakang dengan lensa padanan 12MP dan 20MP serta 24MP untuk kamera depan. Black Shark Helo juga dijangkakan akan hadir dengan sistem operasi MIUI 10 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Satu lagi penambahbaikan yang dilakukan adalah, kalau Black Shark dulu didatangkan controller untuk sebelah sahaja, kali ni, mereka bagi controller untuk kedua-dua belah, tapi tak pasti ia adalah 1 set dengan telefon atau kena beli berasingan, kemungkinan asing kot.

s_158d03256bac4853b976ec3c91e4d486.jpg

Berikut adalah trailer rasmi Black Shark Helo.

Walaubagaimana pun, harga untuk pasaran Malaysia dan bila ia akan sampai ke sini masih belum diketahui, tapi macam biasa la, korang boleh je beli set dari China, hehe. Amacam, teruja ke tak teruja? Kongsikan komen korang k, thanks!

Baca: Ulasan Xiaomi Black Shark

Terbaru: Kompilasi Pandang Pertama Huawei Mate 20 Pro, Bukan Calang-Calang

Leave a comment