Xiaomi: Mi Mix 3, Pakej Lengkap Yang Merevolusi Penawaran Telefon Pintar

Ok, hari ni sensei bukan nak cerita tentang secara terperinci apa bagus atau tak bagusnya telefon ni, juga bukan nak kongsi ulasan atau pandang pertama telefon terbaru dari Xiaomi ni.

Tapi sesnsei nak kongsi kenapa Mi Mix 3 ni telah merevolusikan penawaran telefon pintar. Dalam masa kebanyakan pengeluar cuba masih berada diparas lama, dan cuba mengurangkan aksesori yang diberikan bersama telefon sewaktu pembelian, Xiaomi telah melangkah setapak kehadapan melalui Mi Mix 3 ni.

Image result for mi mix 3 hands on

Sebelum tu, kita imbas la sikit spesifikasi mantap model ni:

  • Paparan Super AMOLED 6.39 inci
  • Resolusi 1080 x 2340 pixels
  • Cip Snapdragon 845
  • 6GB RAM 128GB ruang simpanan dalaman, 8GB RAM 128GB/256GB ruang simpanan dalaman, 10GB RAM 256 ruang simpanan dalaman
  • Kamera belakang 12MP + 12MP
  • Kamera depan 24MP + 2MP
  • Pengecasan pantas (Quick Charge 4.0)
  • Pengecasan tanpa wayar
  • Android Pie 9.0 (MIUI 10)
  • Bateri 3200 mAh

Ok, atas kertas, spesifikasi memang mantap habis, tapi prestasi sebenar kita tak tau lagi, tapi takpe, jom sensei jelaskan dulu apa yang revolusi sangat tu.

Skrin Penuh Tanpa Takuk

Walaupun ini bukan kali pertama kita lihat telefon pintar dengan skrin tanpa takuk, tapi ia merupakan yang pertama seumpamanya yang menggunakan mekanisma luncur (slide) ke bawah.

Sebelum ini Vivo Nex dan Oppo Find X merupakan antara yang terawal hadir dengan skrin penuh, tetapi dengan mekanikal kamera yang akan naik secara automatik apa bila pengguna memilih untuk menggunakan kamera hadapan.

Related image
Vivo NEX
Related image
Oppo Find X

Sejujurnya, sensei kurang berminat dengan mekanisma sebegini sebab sedikit menjengkelkan, lagipun, buatnya tiba-tiba  mekanisma tu tak berfungsi, tak pasal-pasal kamera depan tak boleh guna.

Mi Mix 3 melangkah kehadapan dengan mekanisma luncur ke bawah secara manual, yang sebenarnya lebih praktikal dan selesa. Tengok ni,

Image result for mi mix 3 gif
Xiaomi Mi Mix 3

Kreatifkan?.

Pad Pengecas Tanpa Wayar Percuma

Kebelakangan ni kita tengok kebanyakan pengeluar telefon pintar semakin cuba menjimatkankan kos sesebuah peranti tapi dalam masa yang sama cuba mengaut keuntungan lebih dengan cara menjual peranti dan aksesori secara berasingan.

Belum pernah lagi sesebuah telefon pintar yang mempunyai ciri pengecasan tanpa wayar dijual bersama-sama dengan pad pengecasnya dalam satu kotak, tapi itulah yang dilakukan oleh Xiaomi untuk model ini.

Korang beli, korang buka kotak, korang dapat set lengkap, korang puas hati. Tak perlu lagi nak beli aksesori tambahan lain. Ini senarai segala yang korang dapat bila beli sebuah Xiaomi Mi Mix 3;

  • Semestinya sebuah Mi Mix 3
  • Kabel USB-C
  • Travel adapter
  • Casing TPU
  • Pad Wireless charger

Tak percaya? Tengok gambar kat bawah, dan segalanya pada satu harga sahaja.

Fuh, puas hati beb.

Spesifikasi Mantap Pada Harga Mampu Milik

Kalau kita tengok balik spesifikasi telefon puntar ni tadi, tentu korang agak yang paling murah pun dah dua ribu lebih kan? Mana taknya, dah la RAM dan ruang simpanan besar, kamera mantap, resolusi tinggi, papara skrin penuh gaya baru, dapat pulak pad pengecasan secara percuma, jadi tak mustahi akan lebih dari 2  ribu ringgit.

Tapi itu kalau jenama lain, bukan Xiaomi, sebab Xiaomi memang dari mula mereka hasilkan telefon pintar, mereka dah cakap mereka akan hasilkan telefon pintar pada harga yang murah tapi berkualiti.

Ini anggaran senarai harga dalam Ringgit Malaysia bagi Mi Mix 3, hasil tukaran nilai secara langsung dari mata wang Yuan.

  • Model 6GB RAM + 128GB = ¥3299 RMB (~RM1984)
  • Model 8GB RAM + 128GB = ¥3599 RMB (~RM2164)
  • Model 8GB RAM + 128GB = ¥3999 RMB (~RM2405)
  • Model 8GB RAM + 128GB = ¥4999 RMB (~RM3006)

Berbaloikan?

Image result for oh yeah gif

Kalau tanya sensei lah, bagi sensei inilah telefon tanpa takuk yang ditunggu-tunggu, yang paling praktikal sementara teknologi kamera bawah skrin masih belum dicipta. Dengan spesifikasi dan harga sebegini, tak mustahil model ni akan laris seperti pisang goreng panas tambah keju.

Apa pendapat korang?.

2 thoughts on “Xiaomi: Mi Mix 3, Pakej Lengkap Yang Merevolusi Penawaran Telefon Pintar

Leave a comment