Huawei: Honor Magic 2, 6 Kamera, Sensor Cap Jari Bawah Skrin, Tanpa Takuk

Satu lagi telefon pintar dengan paparan penuh tanpa takuk yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ia tidak lain tidak bukan adalah Honor Magic 2.

Image result for honor magic 2 gif
kredit: engadget.com

Walaupun model Honor Magic yang pertama idak begitu dikenali dan berjaya, tetapi untuk model kedua ni, ia bukan calang-calang. Jom tengok apa yang hebatnya dengan model ni.

Honor Magic 2 ni merupakan model pertama dari jenama besar Huawei yang hadir dengan skrin paparan penuh tanpa takuk. Sebaliknya ia menggunakan mekanisma yang sama dengan Xiaomi Mi Mix 3, iaitu skrin depan boleh luncur ke bawah untuk membuka kamera hadapan.

Image result for honor magic 2 gif
kredit: unbox.ph

Malah, Magic 2 terlebih dahulu mengumumkan akan hadir dengan mekanisma ini berbanding Mi Mix 3. Ini adalah spesifikasi utama telefon pintar ini;

  • Paparan skrin AMOLED 6.39 inci
  • Resolusi 1080 x 2340 pixel
  • Cip Hilisilicon Kirin 980
  • 6GB RAM & 128GB ruang simpanan dalaman
  • 8GB RAM & 128GB/256GB ruang simpanan dalaman
  • Kamera belakang 24MP + 16MP + 16MP
  • Kamera depan 16MP + 2MP +2MP
  • Face ID
  • Sensor cap jari bawah skrin
  • Bateri 3500 mAh

Ye betul, korang tak salah baca, 3 kamera belakang dan 3 kamera depan, beserta sensor pengesan cap jari dibawah skrin. Padu, tapi secara keseluruhan, apa yang ditawarkan oleh Magic 2 ni memang ada perbezaan dengan Mi Mix 3 walaupun ciri utama skrin depan boleh luncur adalah sama.

Nantikan perbandingan antara model-model telefon pintar tanpa takuk dengan ciri skrin depan boleh luncur seperti ni dalam artikel sensei yang akan datang.

Artikel berkaitan: Xiaomi: Mi Mix 3, Pakej Lengkap Yang Merevolusi Penawaran Telefon Pintar

Leave a comment