Xiaomi Mi Mix 3: Sah Akan Memasuki Pasaran Malaysia, Anggaran Harga Turut Diumumkan

Bagi yang ternanti-nanti bilakah telefon dengan skrin penuh tanpa sebarang takuk akan memasuki pasaran Malaysia, korang dah boleh menarik nafas lega, kerana Xiaomi baru sahaja mengumumkan yang Xiaomi Mi Mix 3 sah akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Image result for yeah gif

Walaupun masih tiada tarikh tetap bilakah ianya akan dilancarkan disini, tapi gambar yang dimuat naik oleh pihak Xiaomi jelas memaklumkan, korang dah boleh beli telefon ni bermula bulan Januari nanti.

Lebih menarik lagi, ia akan dijual pada harga kurang daripada RM2500. Mengancamkan?. Bagi korang yang memang dah lama berbulu mata dengan trend takuk yang mencabuli ruang paparan skrin telefon pintar, inilah masa sesuai kalau nak merasa pakai telefon dengan hampir 100% paparan skrin tanpa takuk yang menjengkelkan.

Sedikit imbasan tentang spesifikasi Mi Mix 3, telefon pintar dengan mekanisma lungsur ke bawah ini ditawarkan dengan spesifikasi yang cukup hebat, antaranya adalah:

  • Paparan Super AMOLED 6.39 inci
  • Resolusi 1080 x 2340 pixels
  • Cip Snapdragon 845
  • 6GB RAM 128GB ruang simpanan dalaman, 8GB RAM 128GB/256GB ruang simpanan dalaman, 10GB RAM/256GB ruang simpanan dalaman
  • Kamera belakang 12MP + 12MP
  • Kamera depan 24MP + 2MP
  • Pengecasan pantas (Quick Charge 4.0)
  • Pengecasan tanpa wayar
  • Android Pie 9.0 (MIUI 10)
  • Bateri 3200 mAh

Jadi hujung tahun ni, dapat bonus dah tau la nak beli apakan? Maklumat lanjut mengenai model ini boleh baca dalam artikel berkaitan dibawah.

Artikel berkaitan: Xiaomi: Mi Mix 3, Pakej Lengkap Yang Merevolusi Penawaran Telefon Pintar

Leave a comment